Isnin, 30 Julai 2012

INDIES! (re-post)

assalamualaikum dan salam muhibbah..
Entri ini dibikin dengan mendapat keizinan dari Presiden. 

Tahun akhir pengajian merupakan tahun yang paling menarik bagi saya sepanjang 4 tahun berada di law school. Salah satu dari sebab utamanya sudah tentulah kerana kawan-kawan yang hebat.  Dalam masa tahun akhir ini juga, telah tertubuhnya satu kelab yang dinamakan 'Kelab Indie'. Mari saya ceritakan sejarah kelab ini.


Kelab Indie merupakan kelab yang mengumpulkan rakan-rakan batch kami, yang senang cerita, masih single dalam bahasa remajanya, yang mana membawa maksud, ya, anda benar, single, seperti yang anda faham.


Kelab ini tertubuh ketika saya, I, D, W (W bukan ahli kerana tidak cukup syarat) dan beberapa orang rakan lain sedang membuat kerja atau mungkin study di library terbaik dalam dunia yakni library kesayangan warga fakulti, PUU. Macam mana boleh keluar topik single tu kalau tak silap, bermula dari D. Almaklumlah ketika itu D masih lagi koyak baru putus cinta. Lalu entah macam mana boleh keluar idea untuk tubuhkan kelab dan entah apa nama kelab yang D cadangkan. Namun, saya mencadangkan nama Indie kerana kami selaku makhluk-makhluk yang single adalah manusia yang independent kerana tidak perlu bergantung kepada sesiapa untuk melakukan sebarang kerja (ya anda benar, ini sekadar menenangkan hati sendiri saja sebenarnya). Maka dengan rasminya, pada tanggal 17 OKtober 2011, kelab warga single ini dinamakan 'Kelab Indie'.


Saya lantas dengan suka hatinya melantik I sebagai Presiden dan D sebagai Naib Presiden. Walaupun pada mulanya keduanya nampak seperti tidak rela, namun kerana kasih ku turutkan jua okay taklah tipu, mereka sekadar redha. Sebaik saja pulang ke studio apartment saya (baca: kolej), saya berasa bosan lalu membuat page Kelab Indie dan menjemput Presiden, Naib Presiden dan beberapa orang lagi rakan lain yang dikenal pasti sebagai single di kalangan batch kami untuk menyertai kelab ini. Peristiwa ini dicatatkan berlaku pada jam 22:17 hari yang sama.  Suka untuk saya ingatkan kepada anda di sini bahawa anda tidak perlu struggle search 'Kelab Indie' di Facebook kerana ia merupakan satu page rahsia yang hanya boleh dilihat oleh para ahli sahaja. Misteri kenapakah ianya dijadikan page rahsia, biarlah ia menjadi rahsia.


Moto, misi, visi whatever kelab ini juga direka oleh saya. Ya, seperti gila kuasa dan over shadow Presiden di situ. Ianya berbunyi begini;


"Kelab ini terbuka kepada rakan (isikan nama batch kami) (ke open?) yang statusnya currently single. Ada skandal ke, ada suka sape2 ke tapi as long as statusnya single, still boleh join. Ini kelab suka-suka je ye sekadar penghibur dan peneman kesunyian para ahli. InsyaAllah apabila semua ahli dah berpunya nanti, mungkin nama kelab ni akan ditukar kepada 'dah bahagia skrg cececece...' "




Semakin lama, sambutan menjadi semakin menggalakkan. Saya sekali lagi seperti gila kuasa dengan izin Presiden telah melantik M sebagai Setiausaha dan S sebagai Bendahari kelab.  Ahli-ahli juga semakin bertambah dari masa ke masa.  Selain itu, melihatkan kepada keperluan memeriksa status para ahli sama ada masih single atau telah berpunya, Presiden telah melantik saya dan L sebagai Majlis Tertinggi Disciplinary Board (MT DB), yang mana nama Disciplinary Board itu diambil dari salah satu dari topik dalam subjek kegemaran kami, Ethics. DB berperanan memeriksa, mengkaji dan menyiasat status dan perkembangan para ahli. Senang cerita, jawatan kami berdua ni adalah jawatan paling kepoh dalam kelab
 -________-" Namun tidak mengapa, sebagaimana Abby Abadi konon setia kepada PAS, begitulah setianya kami kepada arahan Presiden. Okay contoh tidak sesuai. Moto kami berdua selaku MT DB ialah "jalan bahagia anda, kerja kes kami". selambe.


Maka dari situ, Kelab Indie semakin berkembang. Terlalu banyak perkara menarik yang berlaku sepanjang perkembangan kelab ini dan para ahlinya. Kami menggelarkan diri kami sebagai Indies. Wah kelihatan seperti sedikit bajet di situ tapi who cares? Pada awalnya, kebanyakan dari kami berkongsi quotes dan lagu-lagu koyak seiring status masing-masing yang rata-rata baru putus cinta, mencintai orang lain dalam diam, cinta tak berbalas, digantung tak bertali dan pelbagai lagi kisah duka yang lain. Malah, kelab kami ini juga pernah dikatakan sebagai 'kelab yang terlalu negatif'.


Namun, air yang keruh lama kelamaan akan jernih juga jika kita berusaha dengan memasang Hai-O di paip sebagai contohnya.  Sedikit demi sedikit, Indies mula bangkit dari kekecewaan, kesepian dan segala macam perasaan negatif yang sama waktu dengannya. Kami mula saling mengambil berat akan hal ehwal sesama Indies dan menyokong setiap ahli. Bak kata N, "masa mula2 dulu keje nak koyak je lama2 together we bulid up and support!"


Selain itu, terdapat juga beberapa hal yang tidak kesampaian kerana alhamdulillah kami telah pun berjaya menamatkan pembelajaran (ketika entri ini ditulis, result final exam untuk final sem belum keluar pun sebenarnya).  Antaranya ialah mengadakan Annual Grand Meeting (AGM) untuk mengumpulkan para Indies dan membincangkan dan seterusnya merangka perlembagaan kelab. Maklumlah semuanya budak law maka haruslah ada unsur-unsur undang-undang yang diterapkan di dalam kelab ini supaya apa yang dipelajari di dalam kuliah itu diserapkan ke dalam kehidupan seharian whatever.  Aktiviti lain yang juga tidak kesampaian ialah membuat seluar kelab (ini idea Ny! orang cadangkan baju dia cadangkan seluar pula namun kedua-duanya tidak kesampaian juga), serta bercuti dan berkelah beramai-ramai bersama Indies.  Namun begitu, sekiranya terdapat beberapa orang antara kami yang keluar makan, jalan-jalan, bersukan dan sebagainya bersama-sama, kami akan mengambil kira ianya sebagai aktivi kelab juga walaupun secara tidak rasmi.

Suka untuk saya tuliskan beberapa hal yang menjadi kegemaran dalam Indies sebelum saya berhenti menulis di sini, iaitu ucapan selamat hari lahir daripada Presiden, kata-kata semangat dan ucapan semoga berjaya kepada para Indies, perkongsian tips mengenai jodoh, laporan daripada ahli kepada MT DB dan ulasan mengenai kes daripada MT DB oh seperti syok sendiri saja dan macam-macam lagilah. Selain itu, Kelab Indie juga telah berjaya menemukan jodoh dua orang ahlinya iaitu Nn dan Ap. Okay ini berita tidak rasmi nanti jadi fitnah pula. Maaf-maaf, ini hanya gosip yang saya kira tidak begitu liar, kerana melihatkan perkembangan kedua-duanya, mereka seperti sedang meniti jalan bahagia bersama. Selain itu, Indies juga telah berjaya menghiburkan hati kami ketika kami bersedih, penat dan sebagainya dengan lawak-lawak para ahli yang sangat kelakar walaupun kadang kala tak semua orang boleh faham lawak tersebut.  Kalau hendak dituliskan semuanya saya kira mungkin nilai estetika whatever nilai keeksklusifan (ada ke perkataan ni?) kelab ini akan berkurangan pula. Maka eloklah saya sudahi entri ini dengan quote dari Kelab Indie;


"orang yang paling awal keluar kelab adalah orang yang paling berjaya, dan yang keluar paling last adalah paling loser." ; L.



Akhir kata, terima kasih Indies kerana memberikan pengalaman yang sangat menarik kepada kami ketika berada di law school. Saya kira, Kelab Indie merupakan kelab paling cool pernah saya sertai setakat ini. Apa-apa pun, selamat berpuasa, selamat berterawikh , semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan berkesan buat kita. Jangan lupa misi jangka panjang kita yang dah jadi misi jangka pendek sebenarnya. Memandangkan dah habis belajar, raya pun dah dekat, undangan majlis kawin kawan-kawan sekolah dan sebagainya pun dah banyak, maka bolehlah awak semua mula mengorak langkah.


Tapi jangan lupa jaga padangan. Surah An-Nur ayat 30 mengingatkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangan mereka terlebih dahulu diikuti ayat 31 yang memesan hal yang sama kepada wanita pula. Seterusnya pada ayat 32, telah dijamin oleh Allah subhanahu wata'ala bahawa Allah subhanahu wata'ala akan memberikan rezeki kepada hambaNya yang bernikah maka tidaklah perlu kita terlalu risau. Husnuzon dengan Allah jom!


Sementara itu ayuhlah kita memperbaiki diri kita sebelum melangkah ke fasa hidup yang seterusnya. Okay tadi cakap akhir kata ni bila nak akhirnya. Baiklah berhenti dulu assalamualaikum dan semoga berbahagia! :)



"aku sayang semua orang :')" ; Presiden.





kalau lepas ni masih ada orang yang nak ambil serius tentang hal ni, tak tahulah....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yang betul betul faham adalah yang betul betul ada bersama sama jatuh bangunnya kita semua :') again, aku sayang semua!

REDblack berkata...

itu dia Presiden telah bersuara. betul tu Presiden :')