Isnin, 16 Julai 2012

REVIEW BUKU : SMILE Skil. Motivasi. Inspirasi. Luar Biasa. Elegan.

assalamualaikum dan salam muhibbah..

nampaknya purata update blog dalam masa dua tiga hari ini ialah sehari satu entry.
petanda tengah banyak idea. tibe
mengambil iktibar dari terpaksa menangguhkan review beberapa buah buku yang telah dibaca suatu ketika dahulu, yang mana berkesudahan dengan saya langsung tidak menulis review kesemuanya, kali ini saya tidak akan menangguhkan lagi review buku yang baru dibaca. nanti feel dah takda atau mungkin ada isi penting yang saya terlupa lagipun bukankah bertangguh itu pencuri masa ok explain bai




Tajuk : SMILE Skil. Motivasi. Inspirasi. Luar Biasa. Elegan.
Penulis : Irma Hasmie, Zamri Mohamad
Penerbit : PTS Millennia Sdn. Bhd.
Kategori : Motivasi
Ulasan :

saya kategorikan buku ini sebagai buku bacaan santai di waktu lapang. obviously saya tertarik kerana nampak ada nama Irma Hasmie di buku ini sebelum membelek dan meneliti isinya. melihatkan penceritaan dalam bentuk cerita atau kisah hidup, saya angkat buku ini sebagai peneman ketika bersantai di laman pada waktu petang. ok tipu. ia tidak berhasil. sampai di rumah saya terus baca dan hanya berhenti untuk lunch dan solat kemudian sambung hingga habis. belumpun petang, buku ini sudah saya khatam. nampak? penulisannya berjaya menarik minat.

terus ke isi, buku ini memaparkan kisah-kisah yang boleh dijadikan iktibar, dan pada setiap penghujung kisah, disertakan Nota Irma, yang mana berupa kesimpulan dari kisah tersebut dan Kit Tindakan, yang mana merupakan satu peta minda ataupun kotak yang memandu kita dalam melaksanakan pengajaran yang diperoleh dari kisah terbabit.  senang saja, kita hanya perlu mengisi peta minda ataupun kotak pelan tindakan itu dengan matlamat-matlamat ataupun hidup kita sendiri. sampai begitu sekali para penulis mahu membantu kita. usaha yang bagus.

secara umumnya, saya simpulkan, buku ini mengajar saya bahawa kita boleh belajar macam-macam ilmu hidup dari orang-orang yang kita katakan 'kecil', contohnya seperti peniaga warung, peniaga air tebu, pelanggan, pelajar yang lemah, dan sebagainya. watak-watak 'kecil' dalam dunia ini digambarkan sebagai satu guru yang sebenarnya sangat hebat, kerana mampu memberikan pengajaran yang tidak dijangka jika dipandang sebelah mata. suka untuk saya kaitkan hal ini dengan pengajaran yang saya peroleh dalam sebuah filem hindustan berjudul Three Idiots, yang mana pengajaran tersebut ialah ilmu ada di mana-mana. cuma ia bergantung kepada kita, untuk mencari, belajar dan memikirkannya untuk dijadikan teladan.  ilmu ini saya praktikkan ketika mengadakan praktikal di Mahkamah Majistret sedikit masa dahulu. benar, ilmu memang ada di mana-mana!

mungkin review ini terlalu ringkas dan tidak membantu, namun cukuplah saya katakan, buku ini berjaya meninggalkan banyak pengajaran kepada saya, maka suka untuk saya sarankan kepada anda untuk cuba membacanya jika berkesempatan.

sebenarnya sudah menjadi kebiasaan saya untuk berkongsi ayat-ayat dari buku yang saya baca dan yang saya suka di Twitter sepanjang pembacaan. maaf rakan-rakan Twitter jika anda tidak suka. itu account saya anyway siapa suruh follow kan dah menyampah kat saya tu haha okay tak lawak pun bai. maka ada baiknya saya annoyedkan rakan-rakan Otak dan Hati pula dengan tweets yang muncul sepanjang pembacaan SMILE;

1) dalam diri kita, ada diri ibu bapa kita.
tentang kisah seorang budak gemuk yang diejek, sebelum menemui 'ibubapa'nya dalam dirinya dan bangkit :')


2) biarkan emosi itu menjadi perkataan demi perkataan.
tentang kisah seorang (arwah) ayah yang menulis diari dan muhasabah diri dari setiap catatan. *menangis* serius.

3) biar berubah selera, baru hidup ada macam-macam rasa.
tentang kisah seorang yang doanya sering dikabulkan. persoalannya, benarkah doanya yang dikabulkan Allah subhanahu wata'ala? :)

4) salahkah saya menconteng di atas pasir. selepas ini, angin dan air laut menghilangkannya.
deep. bagi saya, ini sastera. 

5) bukankah kita mahu hak kita dijaga Allah. seawal-awalnya kita jaga hak saudara kita.
tentang kisah seorang suami yang menyusun selipar di masjid ketika solat Jumaat :)

6) dalam beberapa situasi, ada perkara kecil yang memberi kesan kepada perubahan hati.
hmmmm

7) memberi salam itu adalah bahasa syurga.
tentang kisah seorang pekerja kacak dan seorang pekerja bercermin mata yang memberi salam. teringat kenangan di fakulti pada waktu pagi, budaya menyapa semua orang dengan ucapan pagi! dengan ceria :')

8) alhamdulillah settled satu buku. M is for Mengantukzzzzz
errr.. tak, tak tidur pun. baru landing ibu saya panggil minta tolong. hehe..
ibu kita satu je tau, ayah pun satu je. dalam dunia ni memang satu je. maka berbaktilah kepada mereka selagi masih ada masa dan peluang :)



baiklah saya kira itu saja untuk review pada kali ini semoga kita berjumpa lagi di episod akan datang pada waktu yang ditentukan Allah subhanahu wata'ala. sebenarnya saya segan nak promote blog atau entri sendiri, tapi kali ni saje gedik hihi kalau rajin nak usha review buku yang sebelum ni sila lah klik kat sini :)
baru tadi suruh berbakti kepada ibu bapa dah dekat pukul 6 ni kawan-kawan marilah kita berkebun dan basuh kereta!





p/s; nampak tak banyak membebel?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pinjam...

REDblack berkata...

Tanpa Nama : ambiklah