Jumaat, 5 Oktober 2012

INDIES! (episod 2)



assalamualaikum dan salam muhibbah

masih ingat lagi dengan Kelab Indie?
kalau lupa atau tak tahu, klik sini

Indies sekarang dah semakin maju
semalam saya (masih gila kuasa?) mengutarakan persoalan adakah perlu untuk kami membuat akaun twitter kelab. jujurnya saya rasa tak perlu namun nampaknya Presiden telah bersetuju dengan persoalan itu.
N telah membuat email kelab dan Presiden sendiri telah membuka akaun twitter kelab.

semua indies mempunyai akses ke atas akaun tersebut. malangnya, security twitter tidaklah hebat mana.
ramai orang boleh akses akaun pada masa yang sama. maka bermulakan episod merepek indies.
dua tiga admin sekali masuk guna akaun kelab, maka kecohlah semua orang saling membahan.
justeru, Presiden telah membuat rules demi memastikan kesejahteraan masa depan

Rule #1 : tak payah la main teka teka.lama lama kita kenal lah siapa yang tweet.hahahahahahahaah!
Rule #2 : jangan lah kelab indie reply kelab indie. gila sedih. manage your account wisely guys

namun nampaknya hingga sekarang, tak ada sorang pun yang follow rules tu.

akhir kata,




p/s; jangan salah faham. masih sama tak ada apa yang berubah.

Tiada ulasan: